Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui Program Kampung Angkat MADANI (KAM) telah berjaya menyiapkan projek naik taraf dan baik pulih 5 buah surau di Kampung Parit Empat, Sungai Besar, Selangor
.
Majlis penyerahan yang berlangsung di Surau Parit 5 Timur (Tengah) pada 20 September 2025 ini menyaksikan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menyampaikan Sijil Akuan Penerimaan Siap Kerja Projek Naik Taraf Surau Kampung Angkat MADANI MYSA kepada wakil-wakil AJK Surau. MYSA berharap inisiatif ini bukan sekadar menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan kondusif, malah menjadi pemangkin kepada pengukuhan aktiviti kerohanian, sosial serta peningkatan kesejahteraan masyarakat kampung.
.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA turut mengadakan lawatan projek siap dan penandatanganan plak di semua surau terlibat iaitu:
▪️Surau Ehsaniah Parit 2 Timur
▪️Surau Haji Baha Parit 3 Timur
▪️Surau Haji Muhammad Parit 3 ½ Timur
▪️Surau Nurul Iman Parit 4 Timur
▪️Surau Parit 5 Timur (Tengah), Jalan Baru
.
Dengan kos keseluruhan RM315,000.00, projek yang bermula Jun 2025 dan siap Ogos 2025 melibatkan skop kerja berdasarkan keutamaan dan keperluan sebenar penduduk kampung. Antaranya penggantian bumbung dan siling, naik taraf tempat wuduk, sistem pendawaian, tandas, stor, longkang, membekalkan dan memasang karpet, mengecat, perkakasan/ peralatan surau seperti penyaman udara, sistem siar raya, kipas, lampu, kerusi dan meja serta papan tanda surau.
……..
Kampung Parit Empat, Sungai Besar, Selangor telah dipilih sebagai KAM MYSA. Kawasan ini merangkumi empat buah kampung iaitu:
* Kampung Parit 1 Timur
* Kampung Parit 2 Timur
* Kampung Parit 3 Timur
* Kampung Parit 4 Timur
Saksikan video montaj sorotan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Lima (5) buah Surau Kampung Angkat MADANI (KAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) – Imarah Surau, Komuniti Sejahtera.
▪️Kos keseluruhan berjumlah RM315,000.00, menggunakan peruntukan yang diberikan Kerajaan di bawah Program KAM. Skop kerja adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan sebenar penduduk kampung.
▪️Program KAM merupakan salah satu inisiatif nasional yang digagaskan di bawah Malaysia MADANI untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan bersepadu dan inklusif serta bersasar.
Skip to content