Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Memacu Pembangunan Ekonomi Desa.
.
Program KAM yang dilaksanakan oleh MYSA memperkasa ekonomi penduduk melalui pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi:
🌱 Ternakan ikan air tawar
🌱 Pusat sehenti tanaman herba tradisional
🌱 Tanaman melon manis
🌱 Perkhidmatan dron pertanian (membaja & meracun)
🌱 Pusat pemprosesan hasil padi kepada beras untuk jualan
.
Pada 20 September 2025, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Ternakan Ikan Air Tawar KAM MYSA yang terletak di Kampung Parit 1 Timur. Projek ini adalah hasil kerjasama KAM MYSA dan Sejati MADANI, yang membuktikan kesungguhan dalam meningkatkan taraf ekonomi desa. Pelbagai aset projek telah disalurkan kepada JPKK Parit 1 Timur dengan nilai keseluruhan RM25,000.00, termasuk:
πŸ“ŒPam dan Penapis Air Boring
πŸ“ŒPam Pengudaraan
πŸ“ŒMesin Vakum
πŸ“ŒPeti Sejuk Beku
Bantuan ini membolehkan produk kampung dipelbagaikan, diproses dengan nilai tambah, dan dipasarkan sebagai sumber pendapatan tambahan penduduk selain daripada hasil padi.
.
Kampung Parit Empat, Sungai Besar, Selangor telah dipilih sebagai KAM MYSA. Kawasan ini merangkumi empat buah kampung iaitu:
β€’ Kampung Parit 1 Timur
β€’ Kampung Parit 2 Timur
β€’ Kampung Parit 3 Timur
β€’ Kampung Parit 4 Timur
.
Inisiatif pembangunan ekonomi desa ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, membina komuniti yang berdaya tahan, makmur, dan sejahtera.
Skip to content