Sekitar cerapan Zulhijah 1447H telah dijalankan pada 17 Mei 2026 di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah. Cerapan tersebut di bawah kendalian Jabatan Mufti Negeri Kedah, diketuai oleh Yang Arif Syeikh Ahmad Tarmizi bin Abd Halim, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah. Hadir sama ke program cerapan rasmi ini ialah YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) MYSA telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah sebagai anggota jawankuasa Teknikal Rukyah Negeri Kedah. MYSA berperanan memberi khidmat nasihat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop.
.
Lokasi Pemandangan Indah merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia.
Skip to content