Semarak kasih Ramadan menerusi Program Bubur Lambuk Ramadan 1447H pada 5 Mac 2026 bertempat di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Program yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA MOSTI ini merupakan anjuran bersama PUSPANITA MOSTI dengan Kelab MYSAC bagi berkongsi rezeki , mengeratkan ukhuwah dan menyemai semangat kebersamaan.
.
Program dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk yang turut disertai oleh YBhg. Datin Nor Azah binti Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA MYSA merangkap Timbalan Pengerusi II, PUSPANITA MOSTI dan YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha , Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA merangkap Timbalan Pengerusi II PUSPANITA MYSA.
.
Sesi agihan bubur lambuk turut disertai oleh YBhg. Dato’ Gs Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA merangkap Penasihat Kelab MYSAC.
.
Pengisian program antara lain menyaksikan demo penerbangan dron, pameran aset-aset Unmanned Aircraft System (UAS) MYSA, lawatan ke Bilik Data dan lawatan ke stesen kerja bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
Skip to content