Program Pembimbing Rakan Penjawat Awam (AKRAB) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Oktober 2026 dengan kerjasama Unit Integriti MYSA.
.
Program yang disertai kira-kira 100 orang warga MYSA secara fizikal dan dalam talian ini bertujuan memperkukuh kemahiran psikologi, memantapkan nilai integriti, serta menyokong kesejahteraan warga kerja selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.
.
Antara pengisian utama program termasuk:

Ceramah “Kemahiran Psikologi: Psychology Tools at Work” (teknik WIKI) oleh Puan Jamaida binti Jamaludin, Pegawai Psikologi KWSP;

Aktiviti Japanese Energizer (ice breaking); serta

Slot Sembang Integriti dan sesi AKRAB.
.
Penganjuran ini diharap dapat membina warga kerja MYSA yang berdaya tahan, berintegriti, dan berprestasi tinggi ke arah keharmonian kendiri serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
.
Angkasa untuk semua | Space for All