MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pertukaran Dokumen Pelaksanaan Kerjasama antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 8 Jun 2026 di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan bersempena Majis Perasmian Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Kali Ke-46 (PPNSM-46).
.
Pertukaran dokumen kerjasama telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen dalam memperluas penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong pengurusan hutan negara yang lebih mampan, cekap dan berimpak tinggi. Skop kerjasama meliputi perkongsian kepakaran dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan serta pengoperasian sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa, pelaksanaan program latihan dan pemindahan teknologi, pembangunan modal insan serta penerbitan kertas penyelidikan. Inisiatif ini merupakan kesinambungan jalinan kerjasama strategik menerusi dua (2) Nota Kerjasama yang telah dimeterai antara kedua-dua agensi pada tahun 2012 dan 2020.
.
Pada majlis yang sama, Sistem Pengurusan Eko-Rimba dan Taman Negeri turut dilancarkan sebagai satu lagi langkah memperkasakan pengurusan hutan rekreasi. Sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa ini dibangunkan untuk menyokong pemantauan laluan pendakian serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) melalui integrasi data trek, analisis geospatial dan fungsi taktikal SAR. Pendekatan berasaskan data ini dapat meningkatkan kecekapan, ketepatan dan keselamatan dalam pengurusan kawasan hutan rekreasi.
MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
.
Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content