Pertukaran dokumen Nota Kerjasama Strategik (NKS) antara Jabatan Pertanian (DOA) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA 2026) di Pentas Utama, Dewan A, MAEPS, Serdang, 1 September 2026.
.
Pertukaran dokumen NKS antara Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan MYSA, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah DOA dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Sesi pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
.
Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada pemanfaatan teknologi angkasa bagi menyokong perancangan, pengurusan dan pemantauan sektor pertanian negara. Melalui kerjasama ini, penggunaan teknologi angkasa bertindak sebagai penyedia penyelesaian dan pemangkin kepada pengurusan pertanian yang lebih cekap, berasaskan data serta responsif terhadap keperluan semasa.
.
MYSA sentiasa komited dalam memperkukuh penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong usaha DOA memperkasa penyampaian perkhidmatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan keterjaminan sektor agromakanan negara.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
Skip to content