The Subcommittee on Space Technology and Applications (SCOSA) negara Malaysia (disebut SCOSA Malaysia) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pegawai Kanan Agensi Angkasa Negara ASEAN (ASEAN Space Agencies Senior Officers’ Roundtable) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.

Meja bulat ini menjadi ruang penting untuk pembentangan status semasa aktiviti angkasa negara, membincangkan cabaran, potensi kerjasama untuk diperkasakan dan hala tuju.

Ini merupakan satu platform bagi mempercepat usaha memperkukuh keupayaan teknologi angkasa anggota negara ASEAN – memacu kemajuan ASEAN Economic Community (AEC).
.
Penyertaan kali ini melibatkan kehadiran fizikal iaitu SCOSA Cambodia, Philippine, Singapore; manakala SCOSA Indonesia, Thailand dan sekretariat SCOSA ASEAN menerusi pembentangan video rakaman awal (pre-recorded video).
.

Dr. Cheang Sopheak
Director General
Ministry of Post and Telecommunications, Cambodia
.

Ms. Cheat Morokot
Deputy Director
Ministry of Post and Telecommunications, Cambodia
.

Dr. Izrael Zenar Bautista
Chief Science Research Specialist
Space Mission Control and Operations Division
Philippine Space Agency (PhilSA)
.

Ms. Corinne Heng
Manager of International Relations
Office for Space Technology & Industry, Singapore (OSTIn)

Norafiza Saleha binti Sahlan
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
.

Dr. Zurina Moktar
Head Science & Technology Division
ASEAN Economic Community (AEC) Department
ASEAN Secretariat
.

Prof. Dr. Ir. Rr. Erna Sri Adiningsih
Executive Director of Indonesian Space Agency
National Research and Innovation Agency (INASA-BRIN)
Indonesia
.

Dr. Pakorn Apaphant
Executive Director
Geo-Informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA)
Thailand.
.
Malaysia amat menghargai komitmen negara ahli SCOSA yang turut serta menjayakan persidangan meja bulat ini.
.
Program telah berlangsung pada 22 Mei 2025, bertempat Ballroom 1, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
.
Angkasa untuk semua | Space for all