Amanat YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semasa Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA bagi bulan Februari pada 11 Februari 2026 bertempat di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), MYSA, Temerloh, Pahang.
▪️Menguasai ilmu baharu khususnya dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti tugasan.
▪️Persekitaran kerja yang semakin kompleks menuntut warga MYSA untuk sentiasa dinamik serta menilai semula proses kerja sedia ada agar selari dengan kehendak dan keperluan semasa pengguna/pelanggan.
▪️Setiap warga kerja perlu teliti dalam melaksanakan tugasan merangkumi peringkat perancangan, pelaksanaan hingga pemantauan.
▪️Melaksanakan pendigitalan dalam pentadbiran dan perkhidmatan selaras arahan Kerajaan yang menetapkan pelaksanaan urusan pentadbiran rasmi secara digital sepenuhnya berkuat kuasa 9 Februari 2026.
▪️Memanfaatkan latihan dan kursus kepakaran yang dihadiri sama ada di dalam dan luar negara bagi memperkasa inovasi dalam teknologi angkasa. Usaha ini penting untuk membina kepakaran dalaman (in-house expertise) demi faedah jangka masa panjang organisasi. Kita tidak mahu bergantung kepada pihak ketiga melalui penyumberluaran (outsourcing).
▪️Meneroka dan menilai potensi perkhidmatan sektor angkasa bagi tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, termasuk unjuran impak ekonomi kepada negara.
.
Beliau turut mengingatkan agar setiap amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan integriti yang tinggi kerana integriti mencerminkan tahap kebolehpercayaan serta keyakinan pengguna/pelanggan terhadap organisasi.
.
Pada majlis yang sama, YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA MYSA telah menyampaikan cenderamata penghargaan daripada PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA kepada dua pegawai MYSA yang bakal bersara.
.
Semoga Puan Norizan binti Abdul Patah, Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data (BPD) dan Puan Noraini binti Ibrahim, Pegawai Penyelidik, BPD sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan.
.
31 tahun menabur bakti, komitmen dan semangat yang dicurahkan sentiasa menjadi inspirasi kepada warga MYSA untuk terus menyumbang yang terbaik kepada organisasi.
.
Selamat bersara. Jasamu dikenang.
Skip to content