Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada hari ini, 25 September 2026, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, menekankan beberapa fokus utama bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan dan wawasan agensi:
▪️Penambahbaikan Berterusan:
Menyeru warga MYSA agar sentiasa menilai dan meningkatkan kualiti kerja demi memastikan setiap pelaksanaan perancangan memberi impak maksimum;
▪️Integriti & Kebertanggungjawaban: Memperingatkan pentingnya melestarikan nilai integriti serta mengutamakan kepentingan perkhidmatan di atas kepentingan peribadi;
▪️Pemanfaatan & Perkongsian Ilmu:
Mendorong pegawai yang menghadiri latihan atau kursus untuk menyalurkan kepakaran dan ilmu baharu melalui saluran yang telah disediakan; dan
▪️Penyalarasan Agenda Negara:
Memastikan setiap inisiatif dan teknologi angkasa yang dibangunkan sentiasa sejajar dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta sosioekonomi rakyat.
Sama-sama kita perkasakan iltizam dan disiplin kerja demi memacu kecemerlangan sektor angkasa negara.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content