Majlis Perhimpunan Bulanan (November) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berlangsung pada 6 November 2025 bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah menyampaikan amanat yang menekankan beberapa perkara penting sebagai panduan dan peringatan bersama warga MYSA.

Melaksanakan perancangan dengan pelaksanaan yang berkesan, fokus kepada impak dan keberhasilan sebenar.

Menimbang dan mengenal pasti peluang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab agensi agar sentiasa berdaya saing.

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar bagi memperkukuh ekosistem inovasi angkasa negara.

Memperkukuh komunikasi strategik supaya mesej dan naratif MYSA dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran serta masyarakat umum dengan berkesan, jelas dan difahami.

Mengamalkan nilai integriti sebagai asas dalam setiap tindakan dan keputusan.
.
Majlis perhimpuan kali ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), MYSA.