YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebagai panel dalam Forum “Building the Aerospace Start-up Ecosystem” yang berlangsung pada 28 Januari 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK), Kuching, Sarawak, sempena ‘Asia Pacific Aerospace Conference and Exhibition (APACE) 2026’.
.
Perbincangan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA tertumpu kepada hala tuju dan dasar kerajaan melalui Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), pelaksanaan pelan tindakan ke arah pencapaian dasar tersebut menerusi Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030), serta kerjasama strategik antara Kerajaan, industri dan institusi akademik bagi menyokong pembangunan ekosistem syarikat pemula aeroangkasa, khususnya di negeri Sarawak.
.
Forum ini turut menampilkan barisan panel iaitu Mohd Shahiman Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace, dan Anthony Ng Mun Sun, Ketua Pegawai Eksekutif MIT Academy Sdn. Bhd dan moderator, Kamarul Bahrin Haron, MIGHT.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content