(Last Updated On: 2024-06-27)
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan pernyataan negara pada 19 Jun 2024 dalam mesyuarat 67th Session on Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS).
.
Beliau selaku focal point negara mewakili Malaysia dalam mesyuarat tahunan yang diadakan pada 19 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Vienna International Centre, Vienna, Austria.
.
Penglibatan negara secara aktif dalam mesyuarat ini merupakan:
▪️Komitmen dan usaha berterusan negara dalam menonjolkan aktiviti angkasa di Malaysia
▪️Membuka peluang yang lebih luas kepada inisiatif kerjasama strategik di antara negara dan pihak antarabangsa
▪️Memperkukuh dan memperkasakan pembangunan ekosistem sektor angkasa negara agar lebih berdaya saing dan kondusif serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
▪️Malaysia dapat menyatakan pendirian dan pandangan terhadap isu-isu berkaitan yang dibincangkan di peringkat antarabangsa demi menjaga kepentingan negara.
.
COPUOS telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengawal selia aktiviti penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman untuk manfaat manusia.
.
Mesyuarat COPUOS merupakan platform tertinggi di peringkat antarabangsa yang membincangkan isu, cabaran dan promosi jalinan kerjasama dalam pembangunan sektor angkasa secara global.
“𝐀𝐬 𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐞𝐫𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐩𝐚𝐜𝐞-𝐟𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧𝐭 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐨𝐮𝐫 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐜𝐲 𝟐𝟎𝟑𝟎, 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐨𝐮𝐬𝐥𝐲 𝐢𝐧𝐯𝐨𝐥𝐯𝐞, 𝐞𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭𝐞 𝐭𝐨 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐫𝐞𝐠𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐞𝐟𝐟𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐨 𝐬𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢𝐞𝐬, 𝐢𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐡𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐢𝐧𝐢𝐭𝐢𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐬”.
.
“𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐞𝐯𝐞𝐬 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐫𝐞𝐬𝐞𝐫𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐩𝐞𝐚𝐜𝐞𝐟𝐮𝐥 𝐮𝐬𝐞 𝐨𝐟 𝐨𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐬𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭𝐬 𝐥𝐨𝐧𝐠-𝐭𝐞𝐫𝐦 𝐬𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐫𝐞𝐪𝐮𝐢𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐟 𝐚𝐥𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐞𝐧𝐬𝐮𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐬𝐩𝐚𝐜𝐞 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐢𝐞𝐝 𝐨𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐟𝐞𝐥𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐧 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐢𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐭𝐡𝐞 𝐚𝐩𝐩𝐥𝐢𝐜𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐭𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐠𝐮𝐢𝐝𝐞𝐥𝐢𝐧𝐞𝐬. 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐜𝐲, 𝐜𝐨𝐧𝐟𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐛𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐚𝐬𝐮𝐫𝐞𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐠𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐤𝐞𝐲 𝐞𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐬 𝐭𝐨 𝐚𝐜𝐡𝐢𝐞𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐨𝐛𝐣𝐞𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞”.
.
Saksikan video penuh pernyataan negara yang telah disampaikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam mesyuarat 67th Session of the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS) pada 19 Jun 2024.
.
Beliau selaku focal point negara mewakili Malaysia dalam mesyuarat tahunan yang diadakan pada 19 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Vienna International Centre, Vienna, Austria.
🌏🤝🇲🇾
.
Sumber video: United Nations Office for Outer Space Affairs:
(Lihat pada minit 01:34:41 – 01:39:53)
Skip to content