(Last Updated On: 2020-12-31)

Pensijilan ISO 9001 MYSA bagi Pengurusan Perkhidmatan Data Remote Sensing (Management of Remote Sensing Data Services) telah dinaiktaraf ke pensijilan terkini iaitu ISO 9001:2015.

MYSA merupakan pembekal tunggal data remote sensing satelit dan udara bukan konvensional kepada agensi kerajaan sebagaimana diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2007.  Di samping itu MYSA juga berperanan sebagai penasihat kepada Kerajaan berkaitan pembangunan dan penggunaan teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan.

MYSA telah mendapat pensijilan bagi Perkhidmatan Data Remote Sensing iaitu pensijilan ISO 9002 versi 1994 pada bulan Julai tahun 2001 dan versi 2000 pada 15 April 2005. Peralihan dokumentasi kepada versi ISO 9001 :2008 pula siap dilaksanakan pada 8 Januari 2010. Pensijilan ISO 9001 versi 2008 telah diperolehi pada 17 Ogos 2010. Peralihan ke pensijilan terkini iaitu ISO 9001:2015 telah dimulakan pada tahun 2016 dan proses naik taraf (upgrading) telah berjaya dilaksanakan pada 16 November 2018.  

 

POLISI KUALITI

Adalah menjadi polisi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memberi perkhidmatan berikut yang berkualiti mengikut keperluan pelanggan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkannya secara berterusan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015: 

a) Perkhidmatan Data Remote Sensing; dan

b) Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersial dan Industri Angkasa.

 

SKOP

Skop SPK ISO 9001:2015 Perkhidmatan Data Remote Sensing akan merangkumi semua aktiviti berkaitan perkhidmatan data melalui kaunter.

Perincian Skop:

a) Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembekalan data remote sensing termasuk penyediaan dan pemprosesan data;

b) Mematuhi peraturan dan perundangan kerajaan;

c) Mewujudkan Manual Kualiti (MK) dan Prosedur Kualiti (PK); dan

d) Menggunapakai Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MYSA.

 

SKOP LOKASI

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),
No. 13, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

Stesen Penerimaan Data Satelit (SPDS),
Jalan Lencongan Mentakab – Temerloh,
28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

 

dOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)

Terdapat 5 dokumen SPK ISO 9001:2015 iaitu:

  1. Polisi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
  2. Manual Kualiti (MK)
  3. Prosedur Kualiti Pengurusan (PK-AM)
  4. Prosedur Kualiti Data (PK-DATA)
  5. Prosedur Prapemprosesan Data (PK-SPDS)

Skip to content