(Last Updated On: 2025-06-18)
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membentangkan mengenai “Penggunaan Teknologi Angkasa Bagi Pemantauan Sumber Air Bawah Tanah di Malaysia” di program Seminar Potensi Air Bawah Tanah, 17 Jun 2025, Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
.
Penggunaan teknologi angkasa dalam pemetaan dan penerokaan sumber air bawah tanah mampu menjimatkan masa dan kos serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pembentangan beliau meliputi:
▪️konsep dan pengoperasian teknologi remote sensing
▪️kelebihan pencerapan data remote sensing
▪️kaedah pemetaan zon potensi air bawah tanah di kawasan batuan keras
▪️maklumat peta potensi
▪️pembangunan sistem telaga tiub yang memberi tumpuan kepada kawasan bermasalah
▪️manfaat telaga tiub kepada komuniti
▪️cabaran dan hala tuju
.
Penghargaan kepada Parlimen Malaysia atas jemputan kepada MYSA bagi pembentangan dan pengisian pameran. Seminar menjadi platform bagi perkongsian potensi, cabaran dan strategi bagi perbincangan pembangunan air bawah tabah sebagai sumber alternatif bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian. Moga memberi manfaat kepada semua.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
.
Tonton semula seminar di pautan:
Sumber gambar: Parlimen Malaysia
Skip to content