Pemeteraian Nota Kerjasama antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada 15 Oktober 2025, bertempat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya.
.
Pemeteraian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah JWN, disaksikan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan negara menerusi penggunaan teknologi angkasa:

Mewujudkan satu sistem pangkalan data dalam talian yang mengandungi maklumat dan data spatial bagi tapak arkeologi dan Zon Yang Dilindungi (ZYD) yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]

Menentukan kedudukan dan lokasi tepat tapak arkeologi serta ZYD yang telah diwartakan di bawah Akta 645