(Last Updated On: 2024-04-29)
Pelepasan jisim corona dan ribut geomagnet
TM A CME dan ribut geomagnet
TM B CME dan ribut geomagnet
Pelepasan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) adalah gumpalan plasma iaitu jisim yang dalam keadaan elektron telah terpisah dari nukleus atomnya. CME merentasi ruang angkasa dalam bentuk jisim yang memecut dengan kelajuan sekitar 2 juta kilometer sejam dan mampu sampai ke Bumi dalam tempoh masa satu hingga empat hari selepas letusan berlaku. CME yang besar boleh mengandungi 1016 gram (sepuluh bilion ton) jisim dan dapat bergerak selaju beberapa juta km/jam dalam suatu letupan yang hebat. Jisim ini tersebar di ruang angkasa dan menghentam setiap objek yang berada di dalam laluannya.
.
Angin suria adalah aliran zarah bertenaga tinggi yang boleh mencecah kelajuan sehingga 700 atau 800 km/s. Angin suria berkelajuan tinggi yang disebabkan oleh CME boleh mempengaruhi lapisan atmosfera Bumi terutamanya lapisan magnetosfera. Hentaman angin suria ke atas medan magnet Bumi (geomagnet) menyebabkan berlakunya ribut magnet di Bumi atau lebih dikenali sebagai ribut geomagnet. Imej CME yang meletus dari korona Matahari pada 22 Januari 2024 telah dicerap oleh instrumen Large Angle and Spectrometric Coronagraph (LASCO), Solar and Heliospheric Observatory (SOHO) ditunjukkan pada 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗵 𝟭.
.
Ribut geomagnet dikelaskan kepada lima (5) skala (G1 – G5), dengan G1 adalah yang paling lemah manakala G5 yang adalah paling berkeupayaan menyebabkan kerosakan pada sistem teknologi di Bumi dan angkasa lepas seperti dalam 𝗝𝗮𝗱𝘂𝗮𝗹 𝟭.
.
Ribut geomagnet berskala G1 dan G2 boleh menghasilkan aurora yang boleh disaksikan dengan mata kasar di negara-negara berlatitud tinggi seperti di bahagian utara Amerika Syarikat. Namun, ia tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem teknologi di Bumi terutamanya di negara-negara yang berlatitud rendah seperti Malaysia.
.
Walau bagaimanapun, ribut geomagnet yang berskala besar seperti G4 dan G5 berpotensi menyebabkan kerosakan kepada transformer grid bekalan elektrik dan mampu menyebabkan bekalan elektrik terputus. Ribut geomagnet berskala besar juga boleh mengganggu lapisan ionosfera Bumi yang akan memberi kesan kepada teknologi yang berasaskan gelombang radio seperti sistem navigasi satelit, sistem komunikasi dan sistem pandu arah penerbangan seterusnya memberi impak yang negatif kepada sektor penerbangan, perkapalan dan lain lain. Salah satu kesan ribut geomagnet yang lazim berlaku di negara-negara berlatitud tinggi adalah fenomena aurora seperti ditunjukkan pada 𝗥𝗮𝗷𝗮𝗵 𝟮.
Skip to content