๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ค๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐€๐ข๐ซ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
Pelancaran sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐„๐š๐ซ๐ญ๐ก ๐’๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐š๐œ๐ž ๐€๐œ๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ฒ ๐Œ๐จ๐ง๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ง๐  ๐’๐ฒ๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฌ (๐’๐„๐’๐€๐Œ๐’) yang disempurnakan oleh Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, diiringi bersama-sama oleh YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan YBrs. Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
.
SESAMS dibangunkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dan LUAS yang dimeterai pada 10 Ogos 2024. Sistem teknologi angkasa ini meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing); Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)]; Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
.
SESAMS menyokong operasi LUAS khususnya dalam aspek:
โ–ช๏ธpemantauan aktiviti penggunaan tanah terutamanya yang melibatkan aspek kawasan badan air;
โ–ช๏ธmengenal pasti kawasan berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air di negeri Selangor;
โ–ช๏ธkeberkesanan penguatkuasaan; dan
โ–ช๏ธmenyokong kepada proses membuat keputusan berasaskan data.
.
Projek SESAMS dalam pengurusan sumber air negeri Selangor ini adalah seiring dengan komitmen MYSA untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat di bawah Teras 2 dalam Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Menumpukan kepada Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
.
Pelancaran berlangsung sempena program Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor & Hari Rendah Karbon, anjuran LUAS bertempat di Pantai Kelanang, Kuala Langat, Selangor pada 13 Jun 2026.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ
Skip to content