Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam pameran bersempena Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Nasional (NICE 2026) pada 25 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
.
Penyertaan ini menjadi platform strategik bagi mempromosikan fungsi, kepakaran serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh MYSA kepada para pengunjung dan pemain industri.
.
Pameran ini menghimpunkan pempamer daripada pelbagai agensi Kerajaan, universiti, syarikat pemula di bawah program MOSTI serta organisasi antarabangsa bagi menampilkan produk dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang telah berjaya dikomersialkan.
.
MYSA terus komited dalam memacu pembangunan teknologi angkasa dan memperkasakan ekosistem inovasi negara demi menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All