(Last Updated On: 2022-10-31)
TM2022 8 1

Omega Centauri atau dikenali sebagai NGC5139 merupakan gugusan bintang globul (globular 𝘀𝘁𝗮𝗿 𝗰𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿) yang terbesar, paling padat dan paling terang di dalam Galaksi Bima Sakti. Ianya terletak sejauh 15,000 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 dari Bumi di dalam 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗷 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗿𝘂𝘀, mempunyai anggaran diameter sekitar 150 tahun cahaya dan 𝗺𝗮𝗴𝗻𝗶𝘁𝘂𝗱 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮 3.7 serta senang dilihat dengan mata kasar. Terdapat sekitar 10 juta bintang yang berada di dalamnya dengan jisim keseluruhan dianggarkan sebanyak 4 juta kali jisim Matahari (𝘀𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘀).

.
Kebanyakan gugusan bintang lazimnya terdiri daripada bintang yang mempunyai usia dan komposisi kimia yang sama, tetapi Omega Centauri menunjukkan kehadiran populasi bintang yang berlainan dari segi usia dan komposisi kimia. Omega Centauri juga mungkin merupakan sisa galaksi kecil yang bergabung dengan 𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗶𝗺𝗮 𝗦𝗮𝗸𝘁𝗶.

.
𝗡𝗢𝗧𝗔
* 𝗦𝘁𝗮𝗿 𝗖𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 (𝗴𝘂𝗴𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴): himpunan bintang yang bergerak bersama-sama merentasi ruang angkasa lepas dan terdiri daripada dua kumpulan utama; gugusan bintang galaksi (terbuka) dan gugusan globul.

*𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮: jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.

*𝗕𝘂𝗿𝘂𝗷 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗿𝘂𝘀: buruj yang luas di hemisfera selatan yang jelas kelihatan pada waktu malam, dan sebahagian daripadanya terletak dalam Bimasakti, hampir-hampir melengkungi buruj Crux. Bintang tercerah di dalamnya ialah bintang tetiga: Alpha Centauri, Beta Centauri dan Proxima Centauri.

*𝗦𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘀 (𝗷𝗶𝘀𝗶𝗺 𝘀𝗼𝗹𝗮𝗿): unit jisim yang digunakan dalam astronomi, 1 solar mass bersamaan dengan jisim Matahari, iaitu 2 x 10^30kg. Selalu digunakan untuk menunjukkan jisim bintang seperti gugusan bintang, nebula, galaksi dan lohong hitam.

*𝗚𝗮𝗹𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗕𝗶𝗺𝗮 𝗦𝗮𝗸𝘁𝗶: salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi x 10^11 bintang, berdiameter 105 ribu tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.

*𝗠𝗮𝗴𝗻𝗶𝘁𝘂𝗱 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮: kecerahan sesuatu objek cakerawala di langit malam.

𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:
✅https://apod.nasa.gov/apod/ap210603.html
✅https://www.nasa.gov/…/mult…/ero/ero_omega_centauri.html
✅https://science.nasa.gov/millions-stars-omega-centauri
✅https://earthsky.org/…/omega-centauri-milky-ways-prize…/

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia 

 
Skip to content