Nebula Orion adalah sebuah nebula pancaran resap yang terletak di dalam galaksi Bimasakti pada bahagian selatan Bintang Tiga Beradik atau juga dikenali sebagai Tali Pinggang Orion di dalam buruj Orion. Ia adalah salah satu objek langit yang paling terkenal dan mudah dikenali di langit malam disebabkan kecerahannya dan lokasinya yang berada tepat di bawah bintang yang bernama Alnitak, Alnilam dan Mintaka yang membentuk satu garis lurus apabila dilihat dari Bumi. Nebula ini boleh dilihat dengan mata kasar sebagai tompokan cahaya kabur apabila dicerap di kawasan yang bebas pencemaran cahaya.
.
Jarak Nebula Orion adalah kira-kira 1,500 tahun cahaya dari Bumi dan merupakan suatu kawasan pembentukan bintang yang besar yang paling dekat dengan Bumi dengan kecerahan magnitud ketara 4. Saiznya pula dianggarkan sebesar 30 tahun cahaya. Di tengah-tengah kawasan nebula ini terdapat empat bintang yang sangat terang yang membentuk gugusan bintang terbuka dikenali sebagai Trapezium kerana kedudukan bintang-bintang tersebut membentuk trapezium. Bintang muda yang terang ini memancarkan sinaran ultraungu yang membentuk kawasan lowong di teras nebula tersebut.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗮𝗸𝗶
𝗡𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮 ialah awan besar yang terbentuk daripada kepulan gas, debu dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya kabur di langit pada waktu malam.
𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.
𝗕𝘂𝗿𝘂𝗷 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻 terdiri daripada tujuh bintang utama yang lebih cerah berbanding dengan bintang-bintang yang lain. Rigel (Beta Orionis) dan Betelgeuse (Alpha Orionis) merupakan dua bintang yang paling terang di dalam Orion. Semua bintang utama di dalam Orion adalah bintang gergasi biru muda terang atau super raksasa melainkan Betelgeuse. Bintang yang paling dekat adalah Bellatrix (243 tahun cahaya) manakala bintang yang paling jauh adalah Alnilam (1,360 tahun cahaya). Orion mudah dikenal pasti melalui satu baris tiga bintang yang bernama Alnitak, Alnilam dan Mintaka yang membentuk satu garis lurus apabila dilihat dari Bumi.
.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡
https://earthsky.org/…/orion-nebula-jewel-in-orions-sword/
https://science.nasa.gov/…/hubble-messier…/messier-42/
https://www.space.com/orion-nebula
.
#MYSA #MOSTI #ONL
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi