MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Sistem Pengurusan Kawalan Biosekuriti Perikanan (bioDOF-Map)

Biosekuriti perikanan adalah pengurusan dan kawalan terhadap kesihatan ikan yang amat penting dalam industri akuakultur negara yang sering dikaitkan dengan penyakit ikan yang disebabkan oleh organisma patogen dan bukan patogen, makanan atau keadaan alam sekitar lain yang tidak menyokong kehidupan ikan.


Dalam usaha meningkatkan hasil ternakan dan eksport akuakultur negara, MYSA dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah bekerjasama membangunkan Sistem Pengurusan Kawalan Biosekuriti Perikanan atau Sistem bioDOF-Map bermula tahun 2018.


Sistem bioDOF-Map yang berteraskan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan bertujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan serta pemantauan aktiviti biosekuriti perikanan yang merangkumi ladang ternakan ikan hiasan dan ikan makan.


Data zon biosekuriti perikanan dan peta ladang ternakan ikan yang terkini adalah penting bagi memenuhi keperluan biosekuriti khususnya kawalan dan program survelan penyakit. Kesihatan ikan yang terjamin amat diperlukan bagi tujuan eksport ikan ke luar negara.


Antara lain, sistem bioDOF-Map membolehkan penguna di DOF melaksanakan kemas kini maklumat dan analisis spatial serta menjana maklumat daripada hasil analisis tersebut secara dalam talian.


Penternak ladang juga dapat mengemas kini maklumat berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan.

Sistem ini juga berkeupayaan memberikan notifikasi kes penyakit ikan yang memudahkan pemantauan kawalan kes penyakit ikan oleh Bahagian Biosekuriti Perikanan, DOF di peringkat ibu pejabat dan negeri.

INFOGRAFIK76
INFOGRAFIK77
INFOGRAFIK78
Skip to content