Agensi Angkasa Negara (MYSA) menganjurkan Program MYSA Industry Open Day : Beyond Space 2026 bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting pada 24 November 2026. Program ini dihadiri oleh hampir 150 pemain industri sektor angkasa dalam dan luar negeri.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA, Puan Nik Mazlina Nik Mustapha ketika ucapan alu-aluannya berkata tema Beyond Space mencerminkan aspirasi MYSA untuk meletakkan Fasiliti AIT MYSA sebagai sumber kemudahan pengujian di peringkat kebangsaan yang mampu memenuhi keperluan ekosistem industri angkasa yang lebih luas.
Sementara itu, beberapa pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara MYSA dan rakan strategik telah dimeterai melibatkan SpaceInc, Intertek, Vstream, MIMOS dan CETIM. Penganjuran program kali ini juga membuka peluang pembangunan keupayaan negara dalam sektor angkasa yang memerlukan kerjasama semua pihak termasuk jaringan antarabangsa.