Oktober datang lagi. Tahun ini mengangkat tema “Kehidupan di Angkasa” atau “Living in Space”
.
Ia memberi tumpuan kepada masa depan manusia di angkasa lepas, bagaimana penempatan boleh dibangunkan hinggalah kepada teknologi canggih yang diperlukan untuk menjamin kelangsungan hidup di luar Bumi.

Fokus tema ini meliputi beberapa aspek menarik:
▪️Pertama – pembangunan penempatan di angkasa;
▪️Kedua – inovasi teknologi seperti sistem sokongan kehidupan, kitar semula air dan udara, penggunaan tenaga suria, serta penciptaan makanan menggunakan sumber terhad di angkasa; dan
▪️Ketiga – cabaran dan penyesuaian yang perlu dihadapi manusia.

📌 WSW disambut setiap tahun pada 4-10 Oktober. WSW merupakan sambutan tahunan di peringkat antarabangsa yang diselaraskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kerjasama World Space Week Association (WSWA) bagi meraikan pencapaian sains dan teknologi angkasa serta sumbangannya ke arah kesejahteraan rakyat.

📌Di Malaysia, Minggu Angkasa Sedunia atau World Space Week Malaysia Chapter diraikan sepanjang bulan Oktober.

Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️

.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi
#dasarangkasanegara2030 #DAN2030
#malaysiaspaceexploration2030 #MSE2030
#MYASEAN2025 #MalaysiaMADANI #mingguangkasasedunia
#kehidupandiangkasa #malaysiachapter #WSW2025
#worldspaceweek #livinginspace

Minat kepada ilmu, dari ilmu kepada inovasi, di sinilah lahirnya generasi pencipta dan penyedia teknologi, bukan lagi sekadar pengguna.
.
Pembangunan bakat bukan sekadar tentang menguasai teknologi, tetapi membina mentaliti peneroka, berani mencipta dan meneroka sempadan baharu termasuk kehidupan di luar Bumi.
.
Generasi Angkasa bermula hari ini ke arah Space-Faring Nation, di minda dan jiwa anak muda kita.
.
Selamat Menyambut Minggu Angkasa Sedunia 2025 Malaysia Chapter. Tema “Kehidupan di Angkasa”.
MINGGU ANGKASA SEDUNIA 2025 @ WORLD SPACE WEEK (WSW) 2025
Skip to content