Mesyuarat pertama ASEAN Sub-committee on Earth, Ocean and Space Science (SC-EOSS) telah diadakan pada 13 Oktober 2026 di International Convention Palace, Furama Resort, Da Nang Viet Nam. Delegasi Malaysia diketuai oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaku focal point, bersama-sama Jabatan Meteorologi Malaysia hadir secara fizikal manakala wakil Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Universiti USCI menyertai secara dalam talian.
 
Mewakili MYSA, Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik telah membentangkan status semasa projek-projek sektor angkasa ASEAN yang dilaksanakan di Malaysia dan perancangan inisiatif yang akan dilaksanakan. Selain daripada memperkukuhkan kerjasama strategik antara negara-negara anggota ASEAN selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030, penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini menyediakan platform perkongsian pengalaman dan inovasi baharu teknologi angkasa oleh delegasi, membolehkan negara mengemaskini dan memaklumkan status semasa serta memperkasa hala tuju serta perancangan yang lebih strategik untuk pembangunan teknologi angkasa di Malaysia secara khususnya, dan di rantau ini secara amnya.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content