Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah berlangsung pada 9 September 2025 di Bilik Mesyuarat Dato’ Mohamed Mahbob, MPK, Johor.
.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Tuan Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua MPK.
.
Tumpuan perbincangan:
▪️Penyertaan MPK-GIC dalam Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025, sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) Ke-10. Penganjuran NGA 2025 bertujuan mengiktiraf projek serta inisiatif berimpak tinggi yang mengaplikasikan maklumat dan teknologi GIS secara inovatif demi kelestarian negara.
▪️Penerbitan kertas penyelidikan projek di peringkat antarabangsa.
▪️Kajian penilaian outcome MPK-GIC, untuk menilai impak pelaksanaan projek dari aspek peningkatan kecekapan perkhidmatan, ketepatan data, serta penjimatan masa dan kos.
.
Melalui kerjasama ini, MYSA telah membangunkan sistem aplikasi beteraskan teknologi angkasa iaitu MPK-GIC (Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Center). Sistem bertujuan untuk perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang. Sistem menyediakan maklumat/data yang lebih tepat berkaitan projek pembangunan dan infrastruktur, pelesenan, percukaian, perancangan bandar, pengindahan landskap, kawalan persekitaran dan keselamatan.
Skip to content