(Last Updated On: 2024-04-17)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengorak langkah ke hadapan menjadi hos mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama (Joint Committee) antara MYSA dengan 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘢 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘚𝘱𝘢𝘤𝘦 𝘈𝘥𝘮𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (CNSA) yang telah diadakan pada 16 April 2024 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
.
Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan Mr. Xu Zhanbin, 𝘝𝘪𝘤𝘦 𝘈𝘥𝘮𝘪𝘯𝘪𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘰𝘳, CNSA.
.
Antara yang dibincangkan adalah potensi kerjasama penerokaan angkasa lepas bagi tujuan aman, pemerhatian bumi serta satelit dan infrastruktur termasuk perbincangan penyertaan negara dalam program 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘓𝘶𝘯𝘢𝘳 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘚𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (ILRS).
.
Delegasi China ini turut disertai oleh 𝘌𝘮𝘣𝘢𝘴𝘴𝘺 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘗𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦’𝘴 𝘙𝘦𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘰𝘧 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘢 𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢; 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘢 𝘈𝘦𝘳𝘰𝘴𝘱𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘤𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘰𝘭𝘰𝘨𝘺 𝘊𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (CASC) dan 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘢 𝘎𝘳𝘦𝘢𝘵 𝘞𝘢𝘭𝘭 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘺 𝘊𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (CGWIC).
.
MYSA komited memacu potensi pembangunan sektor angkasa negara menerusi kerjasama antarabangsa.
Skip to content