(Last Updated On: 2024-08-23)
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Angkasa Kebangsaan (JANGKA) Bil 1/2024 pada 22 Ogos 2024 bertempat di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
.
Mesyuarat hari ini memfokuskan beberapa perkara antaranya:
▪️Status pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 atau dikenali sebagai Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).
▪️Kawal Selia Aktiviti Angkasa bagi memastikan Keselamatan dan Kedaulatan Negara
▪️Aktiviti industri dan inisiatif di bawah Persatuan Konsortium Industri Angkasa Malaysia (MASIC)
▪️Penubuhan Kursus Aeroangkasa yang pertama di Sarawak.
▪️Pelaksanaan Program Pendidikan dan Pembudayaan Angkasa 2024
.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan yang berkaitan. Penglibatan semua pihak adalah amat diharapkan untuk bersama-sama membangunkan sektor angkasa negara ke tahap yang lebih cemerlang serta mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan memberi manfaat yang dapat dinikmati seluruh rakyat. 🤝
𝐋𝐚𝐭𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MYSA telah menubuhkan JANGKA di bawah DAN2030 dengan tujuan untuk memastikan pembangunan sektor angkasa negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat memberikan pulangan maksimum kepada negara dari aspek penjanaan ilmu baru, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara.
.
Di antara fungsi dan peranan utama JANGKA adalah:
▪️Menentukan hala tuju, strategi dan pelaksanaan program angkasa negara bagi kepentingan sosio-ekonomi, keselamatan dan kedaulatan negara.
▪️Menyelaras dan memantau program-program angkasa bagi memperoleh manfaat secara optimum dan kekal berdaya tahan.
▪️Menyelaras keperluan infrastruktur, sistem dan aplikasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan sumber manusia dalam memperkukuh dan memperkasakan ekosistem angkasa negara.
▪️Menubuhkan kumpulan kerja penyelarasan teknikal yang bersesuaian bagi menjalankan peranan khusus dalam konteks bidang-bidang berkaitan dan mengemukakan syor dan laporan kepada JANGKA.
Skip to content