Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama-sama Warga Kementerian dan Amanat Tahun 2026 , 5 Januari 2026.
.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama-sama dengan warga MYSA telah turut serta mengikuti majlis tersebut menerusi sesi penstriman langsung.
.
Dalam amananatnya, YAB Perdana Menteri menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memperkukuh perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berpaksikan rakyat. Beliau turut menggariskan keutamaan tahun 2026 termasuk pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan digital sebagai pemacu pertumbuhan negara. YAB Perdana Menteri menyeru seluruh penjawat awam untuk berkhidmat dengan nilai ketelusan, tanggungjawab dan kasih sayang selaras aspirasi Malaysia MADANI.