(Last Updated On: 2024-05-30)
Tahniah diucapkan kepada 58 warga kerja Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah diluluskan kenaikan pangkat. Surat kenaikan pangkat telah disampaikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA pada Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA yang berlangsung di Dewan Seminar MYSA, 30 Mei 2024.
.
YBrs. KP dalam amanatnya mengingatkan pengiktirafan yang diberi datang sekali dengan tanggungjawab. Moga menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk warga kerja MYSA bersama-sama dalam satu pasukan meningkatkan prestasi memacu kecemerlangan luar biasa untuk organisasi.
.
Pada majlis yang sama turut diumumkan mengenai pelantikan YBrs. Encik Samsuddin bin Omar sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), MYSA yang telah berkuat kuasa pada 20 Mei 2024. Ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini dan selamat menjalankan tugas.
.
YBrs. KP berkongsi rasa sedih dengan merakamkan ucapan takziah kepada warga MYSA yang telah kehilangan insan tercinta, tahniah kepada pegawai MYSA yang menerima cahaya mata dan kemasukan pelajar latihan industri di MYSA.
.
Perhimpunan bulanan kali ini diterajui oleh Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik (BITG) menyaksikan pelancaran Sistem Pegawai Bertugas MYSA. Sistem dibangunkan untuk menyokong proses pengisian, penghantaran, penyemakan, penyimpanan dan pembentangan laporan keselamatan fizikal yang dilaksanakan oleh semua warga MYSA secara penggiliran sepanjang tahun (hari bekerja).
.
Terdahulu sebelum majlis perhimpunan, telah berlangsung sesi Perjumpaan Pegawai Naik Pangkat bersama YBrs. KP.
Skip to content