(Last Updated On: 2025-04-23)
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan MYSA Bulan April 2025 pada 22 April 2025, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
▪️Keadaan global pada hari ini sering berubah dan mensajikan situasi yang sukar diramal, justeru perancangan, persediaan, adaptasi dan bersikap positif amatlah penting dalam mendepani segala cabaran ini untuk kita melaksanakan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
▪️Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi peneraju ekonomi angkasa di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, MYSA perlu bertindak sebagai enabler kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan bagi merealisasikan program moonshoot ASEAN Space Economy MOSTI.
▪️Mewujudkan mekanisme tahap penerimagunaan teknologi angkasa dan penilaian impak daripada aktiviti-aktiviti/program yang dijalankan.
▪️Membina satu penanda aras peringkat global untuk mencapai tahap keupayaan dan kompetensi penguasaan teknologi angkasa yang tinggi dalam kalangan warga kerja MYSA
▪️Mengingatkan warga kerja MYSA untuk menggunakan media sosial dengan bijak, berhemah dan bertanggungjawab. Penjawat awam tertakluk dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan lain-lain peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
Skip to content