Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan April telah diadakan pada 14 April 2026 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah menyampaikan amanat yang menyentuh beberapa perkara utama.
▪️Perkongsian peringatan daripada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenai konsep 3P-1K iaitu untuk menghindari / tidak melakukan/ jangan terlibat Pembaziran, Penyelewengan, Penyalahgunaan Kuasa dan Ketirisan.
▪️Usaha perlu ditingkatkan bagi pelaksanaan program strategik berimpak tinggi negara seperti Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), Pembangunan Kemudahan Pelancar dan Pembangunan Bandar Angkasa yang menuntut komitmen tinggi, amanah, dan ketelitian. Program-program ini dipantau dan diteliti perkembangan oleh pentadbiran negara atas kepentingan dan manfaat program dalam jangka masa panjang untuk negara selari dengan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
▪️Memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini untuk memacu penghasilan kerja yang berkualiti yang dapat memberi impak tinggi kepada pengguna dan rakyat.
▪️Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan dalam menangani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Warga MYSA diingatkan agar terus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti.
.
Pada majlis ini, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA telah menyampaikan surat Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan kepada 41 Pegawai Penyelidik MYSA. Tahniah diucapkan dan semoga ia menjadi motivasi untuk pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Syabas dan tahniah.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content