Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah berlangsung pada 13 Januari 2026 bertempat di ONL MYSA, Langkawi, Kedah.
.
Sesi penyerahan Dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Langkawi kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, disaksikan oleh YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah serta YBrs. Tuan Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
.
Kerja naik taraf bermula Jun hingga November 2025 merangkumi:

kerja-kerja dalaman dan luaran bangunan;

infrastruktur, perabot; dan

penyediaan ruang penyelidikan astronomi di balai cerap.
.

Usaha ini merupakan langkah strategik MYSA dalam memperkukuh peranan ONL sebagai hab astronomi negara, seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEAM serta menyokong pembangunan ekonomi setempat melalui program Astrotourism.
.

ONL dibangunkan pada tahun 2006 sebagai kemudahan penyelidikan untuk penyelidik tempatan dan antarabangsa, serta merupakan antara balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa dalam bidang astronomi optikal.
.

Kedudukan ONL di Khatulistiwa juga mempunyai kelebihan untuk merekodkan data astronomi di kedua-dua hemisfera utara dan Selatan.
.

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi konsultansi, latihan dan penggunaan kemudahan seperti:

Astrometri, fotometri dan spektroskopi bintang;

Data serta imej cerapan objek malam, Matahari dan cuaca angkasa; dan

Pengendalian instrumentasi serta pencerapan data.
.
Hadir sama, YBrs. Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan MOSTI serta pegawai daripada JKR Kedah dan MYSA.
.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil kontraktor yang terlibat.
.
Majlis disusuli dengan lawatan ke sekitar bangunan bagi meninjau kerja-kerja naik taraf yang telah dilaksanakan
.
MYSA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen semua pihak.
.
Angkasa untuk semua | Space for all