Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas dan Pelantikan Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data (BPD) telah berlangsung pada 2 Mac 2026, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
.
Majlis ringkas ini dimulakan dengan Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas antara YBrs. Puan Norizan binti Abdul Patah, Pengarah BPD bersama-sama YBrs. Encik Shahruddin bin Ahmad, Pengarah BPD yang baharu, disaksikan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Hadir sama, YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dan YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA.
.
Majlis diteruskan dengan penyerahan surat pelantikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA kepada YBrs. Encik Shahruddin bin Ahmad, Pengarah BPD yang baharu, berkuat kuasa 3 Mac 2026. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.
.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Puan Norizan binti Abdul Patah atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti. Beliau bersara wajib pada 3 Mac 2026 setelah menabur bakti selama 32 tahun.
.
Antara pencapaian dan perjalanan kerjaya beliau:
▪️1 Ogos 1994 – Memulakan kerjaya sebagai Pengawai Penyelidik, Seksyen Perhutanan dan Wetland, Pusat Remote Sensing Negara
▪️2012 – Pengarah Bahagian Pembangunan dan Analisis Data Geospatial, Agensi Remote Sensing Malaysia
▪️2021: Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data, Agensi Angkasa Malaysia
▪️2022 – Dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
.
Keupayaan beliau mengurus mencerminkan tahap profesionalisme, komitmen serta kebolehpercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
.
Semoga terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesejahteraan.
Jasamu sentiasa dikenang.
Skip to content