Transformasi desa bermula di sini. Membangun Malaysia MADANI menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) menyaksikan Majlis Peluncuran Kampung Sungai Sireh sebagai KAM Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), berlangsung pada 16 Mei 2025 di Balai Raya Kampung Sungai Sireh.
.
YBhg. Dato’ Gs. Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah menyempurnakan majlis peluncuran. Beliau turut menyampaikan surat lantikan kepada YBrs.Tuan Haji Mohd Ruzi bin Abu Hassan, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang sebagai agensi pelaksana bagi projek-projek yang akan dijalankan, disusuli dengan penyerahan sijil lantikan kontraktor kepada syarikat terlibat.
.
Projek, program dan aktiviti KAM MYSA 2026:
▪️Mewujudkan pusat komuniti kampung melalui pembinaan dewan terbuka serbaguna, gelanggang permainan dan taman permainan kanak-kanak;
▪️Melatih golongan belia kampung sebagai pengendali dron bertauliah termasuk pembelian dron pertanian serta pembinaan stor penyimpanan.
▪️Pembelian mesin pemprosesan padi bagi menghasilkan beras keluaran kampung lengkap dengan kemudahan stor penyimpanan;
▪️Penerapan ilmu Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Angkasa melalui ceramah dan pameran
▪️Gotong-royong bersama-sama komuniti setempat
.
Hadir sama, YBrs. Puan Mutiah binti Hud, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor; YBrs. Tuan Haji Mohd Yahya bin Haji Mat Sahri, Penyelaras DUN Permatang; YBrs. Encik Marwan bin Ahmad Penyelaras DUN Sungai Burong; dan YBrs. Puan Norhazlina binti Alim Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Sireh.
Skip to content