Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara

Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara telah berlangsung secara maya pada 1 Julai 2021 (Khamis), 9.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara (“Dasar 4IR Negara”) ini merupakan dasar negara yang menyeluruh bagi memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi termaju 4IR.
 
Dasar 4IR Negara ini menggariskan 3 misi:
1. Meningkatkan kualiti hidup dengan memanfaatkan kemajuan teknologi
2. Mempertingkat keupayaan tempatan untuk menguasai 4IR dalam semua
sektor
3. Menggunakan teknologi untuk mempertingkat pemeliharaan integriti ekologi
 
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara beraspirasi untuk mencipta sebuah ekosistem yang kondusif kepada seluruh rakyat, perniagaan dan kerajaan agar dapat merebut peluang pertumbuhan serta mengukuhkan keupayaan tempatan.
 
Malaysia perlu menjadi sebuah negara digital yang sentiasa berkembang dan berinovasi agar negara terus berdaya tahan serta mencapai kemakmuran.
 
Ketahui lebih lanjut mengenai dasar ini sebagai persiapan masa hadapan. Muat turun Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara di www.epu.gov.my.

Saksikan Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara melalui platform berikut:

• Facebook EPU Malaysia atau Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

• YouTube  EPU Malaysia  atau MOSTI 

.
#MOSTI #EPUMalaysia #stie #4IR #Dasar4IRNegara #Industry4WRD
#MyDIGITAL