Sekitar Majlis Iftar Ramadan 1447H bersama warga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA merangkap Penasihat Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC). Hadir sama, YBhg. Datin Nor Azah binti Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA.
Majlis ini turut mengundang waris keluarga warga MYSA yang telah kembali ke rahmatullah sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Selesai berbuka puasa, para hadirin bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih, sekali gus melengkapkan suasana Ramadan yang penuh dengan keberkatan.