MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama Pengurusan Tertinggi MOSTI telah meraikan pencapaian dan penghargaan kepada warga kerja MOSTI dan Jabatan di Majlis Apresiasi MOSTI 2026 pada 8 Jun 2026, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
.
Hadir sama, YB Dato’ Dr. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI; dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Tahniah kepada 20 warga kerja MYSA yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025. Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk organisasi dan negara.
.
Majlis turut merakamkan penghargaan kepada enam (6) warga MYSA yang telah bersara dan bakal bersara tahun ini. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam. Selamat bersara dan melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu. Jasamu tetap terpahat, baktimu sentiasa di hati.
Skip to content