Majlis Amanat Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 Januari 2026 bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.
Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja MYSA atas pencapaian sepanjang tahun 2025. Beliau seterusnya menekankan bahawa usaha perlu dilipatgandakan memandangkan KPI MYSA bagi tahun 2026 serta pelaksanaan program-program strategik berimpak tinggi negara seperti Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), Pembangunan Kemudahan Pelancar dan Pembangunan Bandar Angkasa menuntut komitmen tinggi, tanggungjawab, amanah, integriti dan ketelitian. Perancangan program/aktiviti ini adalah bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi angkasa, membuka peluang pekerjaan, memperkukuh kepakaran tempatan serta merealisasikan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
.
Beliau turut menekankan bahawa nilai kerja yang betul perlu ada dalam diri setiap warga MYSA bagi menjayakan program dan aktiviti yang telah dirancang. Antara elemen penting yang ditekankan ialah penghayatan sedaya-upaya, pembaharuan dan penambahbaikan berterusan, kebertanggungjawaban di semua peringkat, kepatuhan/hormat kepada peraturan, pentadbiran serta pengurusan yang cekap dan bersih, serta kaedah pelaksanaan yang cepat dan pantas.
.
Penetapan program/aktiviti dengan nilai kerja yang betul adalah selaras dengan Amanat Tahun 2026 YAB Perdana Menteri yang menekankan transformasi perkhidmatan awam dan digital demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
.
Turut berlangsung, penyampaian surat kenaikan pangkat kepada 15 Pegawai Penyelidik MYSA. Tahniah diucapkan dan semoga ia menjadi motivasi untuk pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content