Lawatan turun padang oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Jelebu, Negeri Sembilan bagi meninjau kemajuan projek Joint SINO-Malaysia Research of Space Remote-Sensing and Radio Astronomical Observation for The Low-Middle Latitude Space Weather Variation di bawah pembiayaan dana Pembangunan Tekonologi 1 (TED 1) MOSTI. Projek ini adalah kolaborasi di antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
Projek ini menyelidik cuaca angkasa (space weather) dan letupan radio suria (solar radio burst) di ruang ionosfera. Produk R&D yang dihasilkan oleh projek ini adalah sistem antena pintar yang baharu bagi kajian gangguan ionosfera (ionospheric disturbance) pada frekuensi rendah yang paling tepat di dunia. 12 antena telah dipasang di Pusat Penyelidikan UM Jelebu, UM Petaling Jaya dan UNISZA Kuala Terengganu. Pelaksanaan projek kini di fasa terakhir untuk menyiapkan sistem penerima (antenna array system) dan pembangunan aplikasi untuk sistem pemantuan ionosfera.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Encik Imran Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Dana dan Encik Adnan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).