Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini berbesar hati menerima lawatan kerja YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting.
Sebelum mesyuarat dimulakan, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama ahli mesyuarat turut mengadakan lawatan kerja di MYSA untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pengoperasian serta manfaat sains, teknologi dan aplikasi angkasa di Malaysia selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).