(Last Updated On: 2025-07-10)
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke MEASAT bersama delegasi yang turut disertai oleh wakil-wakil daripada kementerian dan agensi di bawah MOSTI, termasuk Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
 
Lawatan ini bertujuan mengeratkan kerjasama strategik antara sektor kerajaan dan pihak industri dalam pembangunan teknologi satelit serta memperluas ekosistem angkasa negara. Sebagai peneraju dalam perkhidmatan satelit komunikasi negara, MEASAT memainkan peranan penting dalam menyediakan akses internet ke kawasan pedalaman melalui inisiatif CONNECTme, selaras dengan objektif Dasar Angkasa Negara 2030 yang menekankan penggunaan teknologi angkasa untuk kesejahteraan rakyat.
 
Lawatan ini juga dilihat sebagai platform untuk meneroka potensi kerjasama baharu dan pemindahan teknologi antara sektor kerajaan dan pihak industri, serta memperkukuh pembangunan sektor angkasa negara yang mampan, berdaya saing dan inklusif.
Skip to content