(Last Updated On: 2024-03-07)
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Sains Malaysia (USM) dan delegasi pada 5 Mac 2024.
.
Sesi kunjungan hormat dan lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama penyelidikan berkaitan dalam bidang teknologi angkasa.
.
Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke kemudahan di Ibu Pejabat MYSA dan diberi penerangan berkenaan produk inovasi khususnya sistem-sistem aplikasi pelbagai bidang yang berteraskan teknologi angkasa.
Skip to content