YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Marta Laura Gabrieloni, Duta Besar Argentina ke Malaysia pada 15 Oktober 2025, bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor. Delegasi terdiri pegawai Pejabat Kedutaan Argentina di Malaysia dan pengurusan tertinggi syarikat INVAP, Argentina.
.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam teknologi angkasa antaranya;

pembangunan teknologi satelit; sistem satelit pencerapan Bumi dan komunikasi

peluang pelaburan dan inovasi
.
Delegasi turut dibawa melawat ke Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) bagi melihat pengoperasian dan perkhidmatan yang diberikan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all