Kunjungan ini dihadiri oleh Ketua Pengarah MYSA, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah dan telah disambut mesra oleh Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim.
Kunjungan ini susulan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai sebelum ini, bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam penyelidikan, pembangunan teknologi angkasa dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.