(Last Updated On: 2025-06-16)
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan delegasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 13 Jun 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
🤝Tumpuan perbincangan:
◾Memahami secara lebih mendalam Data Satelit Penderiaan Jauh (Remote Sensing Satellite Data), khususnya mengenai sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa untuk tujuan – pemantauan bandar, pemetaan kawasan berisiko, pengesanan perubahan guna tanah, serta sokongan terhadap pengurusan bencana dan perancangan bandar.
◾Lain – lain potensi kerjasama antara dua agensi – membantu dalam perancangan pembangunan Bandar pintar bandaraya Kota Kinabalu.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA, antaranya:
▪️Sistem Pemantauan Tanah Cameron Highlands (SPTCH)
▪️Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Centre (MPK-GIC)
▪️Sistem e-Nilaian Harta Tanah
▪️Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS)
▪️ Sistem Litupan Muka Bumi Penderiaan Angkasa Sarawak (LIMPAS)
▪️Sistem Pengurusan Wabak Denggi (SPWD)
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content