Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Langkawi, Kedah berbesar hati menerima kunjungan delegasi TNB Genco Sdn. Bhd. pada 3 November 2024. Delegasi TNB Genco diketuai oleh YBrs. Ir. Dr. Zainul Asri bin Mamat, Ketua Pengurusan Aset telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Antara pengisian lawatan termasuk taklimat pengoperasian ONL MYSA dan aktiviti mencerap komet dan planet.
.
ONL yang siap dibina pada tahun 2006 adalah salah satu balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Kelebihan ONL yang terletak di Khatulistiwa membolehkan ia mencerap objek astronomi di langit hemisfera utara mahupun selatan.
.
Moga lawatan dapat memberi manfaat kepada delegasi dalam memahami bagaimana cuaca angkasa boleh memberi kesan kepada aktiviti industri tenaga elektrik; dan pelepasan cahaya yang boleh menyebabkan pencemaran cahaya – mengganggu proses pencerapan objek langit.