(Last Updated On: 2023-03-03)
Konjungsi Zuhrah dan Musytari pada 2 Mac 2023
Imej ini menunjukkan konjungsi planet Zuhrah dan Musytari yang telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 2 Mac 2023 jam 8:20 malam.
 
Zuhrah dan Musytari kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut kelihatan Zuhrah dan Musytari dari Bumi adalah sejauh 0.5 darjah (32 arka minit) di langit barat.
.
Nota kaki:
▪️𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
▪️𝗝𝗮𝗿𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗱𝘂𝘁 ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minit saat arka (“).
Skip to content