(Last Updated On: 2024-04-30)

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) 2024.

.
Pemenang akan mewakili Malaysia ke 5th KIBO Robot Programming Challenge Peringkat Asia Pasifik pada Oktober 2024.
Kibo-RPC merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball) di ISS untuk menjalankan misi yang ditetapkan.

.
𝗠𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗯𝗼-𝗥𝗣𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗠𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰!
▪️Daftar sekarang – imbas kod QR pada poster
▪️Tarikh tutup dilanjutkan ke 27 Mei 2024

.
𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻.
▪️Sebuah pasukan mesti terdiri daripada tiga (3) hingga lima (5) ahli dan mesti melantik seorang ketua pasukan;

▪️Ahli pasukan mestilah warganegara Malaysia dari umur 15 tahun dan ke atas;

▪️Semua ahli pasukan PERLU menjadi pelajar berdaftar di sekolah, kolej atau universiti untuk layak menyertai pertandingan ini;

▪️Setiap ahli hanya dibenarkan mendaftar dengan satu pasukan (tiada pendaftaran individu); dan

▪️Semua ahli pasukan mesti mempunyai alamat e-mel yang sah.

.
𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻: https://www.mysa.gov.my/kibo-rpcmalaysia.

.
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻: 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗞𝗶𝗯𝗼-𝗥𝗣𝗖 𝗠𝗬𝗦𝗔 | krpc@mysa.gov.my |Tel: +603 3182 4000 (ext 4024/4025/4026)

.
#MYSA #MOSTI #KIBORPC
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi 

Skip to content