Minggu Angkasa Sedunia 2025 atau World Space Week (WSW) 2025 kini rasmi dibuka melalui Karnival STEM: STEMazing!!! Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Terima kasih kepada Sekolah Agama Menengah Hulu Langat atas jemputan kepada MYSA bagi menjayakan program ini. Karnival STEM: STEMazing!!! membuka ruang untuk pelajar mencuba, meneroka, dan merasai sendiri betapa menyeronokkan dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) menerusi pameran, ceramah dan aktiviti interaktif sepanjang karnival ini,
.
Setiap tahun, dunia menyambut WSW bagi meraikan pencapaian sains dan teknologi angkasa serta bagaimana ia membentuk kehidupan kita hari ini, daripada komunikasi 📡, ramalan cuaca 🌦️ hingga pemantauan bumi 🌏. Tema WSW tahun ini, Kehidupan di Angkasa atau Living in Space.
.
Semoga sinar inspirasi STEM dan angkasa terus menyemarak dalam jiwa anak-anak kita 💫.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content